Minggu
nih sibuk betul kemas bilik ,buang segala barang yang tak guna lagi TAPI tak
siap siap .HAHAHA .
Tengah
belek belek kertas yang menggunung tu terselit satu paper pasal 70 DOSA DOSA
BESAR .seingatnya kertas nih ABA yang bagi masa balik surau tahun bila ntah
.HAHAHA .apa la aku nih kan .
Entry
kali nih nak cerita pasal ape 70 dosa dosa tu .Sebenarnya senarai dosa dosa nih
Imam Azzahabiyy ada senaraikan dalam kitabnya iaitu Al-Kabaair. 70 dosa itu
ialah ~
1. Belajar
ilmu dan sembunyikan pengetahuan itu
2. Bersaksi
palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah
palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Apabila
sembahyang baju yang dipakai mempunyai gambar
7. Berperempuan
pelacur
8. Berbuat
buruk terhadap orang lemah
9. Berdebat
dan memusuhi
10. Bersifat
dayus
11. Bercakap
kasar dengan orang tua
12. Dusta nama
ALLAH dan RasulNYA
13. Derhaka
pada suami
14. Derhaka
kepada hamba ALLAH dan menganggap dirinya baik
15. Hakim
derhaka
16. Homosex
iaitu seagama dan sejenis
17. Kurang
timbangan
18. Lari seorang
hamba daripada tuannya
19. Lelaki
menyerupai wanita
20. Lari dari
medan perang di jalan ALLAH
21. Membunuh
manusia
22. Membunuh
diri sendiri
23. Mengamalkan
syirik
24. Meninggalkan
sembahyang lima waktu
25. Meninggalkan
sembahyang jumaat
26. Derhaka
kepada ibu bapa
27. Memutuskan
hubungan silaturrahim
28. Melakukan
zina
29. Makan
harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari
kekayaan haram
31. Memberi
rahsuah dan mengambil rahsuah
32. Melabuhkan
pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan
riba
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan
kezaliman
38. Melakukan
pengkhianatan
39. Menyebut
nyebut pemberian
40. Mengingkari
janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk
orang islam
43. Merasa
aman dari kemurkaan ALLAH
44. Menipu
harta rampasan
45. Melampaui
batas
46. Menuduh
zina terhadap orang yang baik
47. Memakai
emas dan sutera bagi orang lelaki
48. Mempercayai
nujum dan sihir
49. Menjadi
pak sanggup
50. Mencari
kesalahan orang lain
51. Mengganggu
orang lain
52. Mengganggu
tetangga
53. Menyakiti
dan memaki orang islam
54. Mengintip
rahsia dan buka rahsia orang lain
55. Mencaci
sahabat sahabat Nabi
56. Mengurangi
wasiat
57. Mengingkari
takdir
58. Putus asa
dari rahmat ALLAH
59. Penipuan
dan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan
diri
61. Syirikkan
ALLAH dengan sesuatu yang lain
62. Sombong
dan angkuh
63. Sembelih
untuk selain ALLAH
64. Tidak mengeluarkan
zakat
65. Tidak
berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak mengerjakan
haji jika mampu
67. Tidak
beristibrak kencing (tak paham dan akan aku carik penjelasannya J)
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya
70. Wanita
menyerupai lelaki
Fuyoooo
banyak kan ?korang rasa korang pernah TERbuat tak benda benda kat atas nih
.InsyaALLAH kita sama sama perbaiki ape yang perlu dan aku harap entry aku kali
nih dapat beri korang sesuatu yang berguna :)
Assalammualaikum
semua :D