22 May 2020

30 Ramadhan 1441



Esok hari terakhir puasa tahun 1441 hijrah,
malam ni malam terakhir kita bertarawih.

Habis tarawih rakaat ke 8, mata dan fikiran terbang teringatkan masa masa terbaik ada dekat Mudzalifah, Arafah dan Mina.
Biji mata terbayang semua kenangan di Mina, paling mencabar kesabaran seorang Mira yang dikenali sangatlah tidak penyabar.

Ya Allah, doaku malam 30 Ramadan 1441 hijrah ini, jemputlah mak, aku, abang abangku, kakak kakak iparku dan anak anak buahku datang ke rumahmu untuk mengerjakan haji dan umrah bersama sama Ya Mujib.
Aku serahkan jiwa ragaku hanya untuk-Mu Ya Allah.
Mohon perkenankanlah doaku ini.

Aamiin Ya Rabalalamin...

Terniat untuk buat posting perjalanan Haji aku dan along.
In Sha Allah jika diberi kesempatan akan aku kongsikan semua kenangan manis di sana.

Selamat Berpuasa dan terus istiqamah dalam beribadah.
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kehidupan kita di dunia ini.

Tahun 2020, Aidilfitri 1441hijrah, tahun pertama, kami sekeluarga beraya tanpa Aba.

Semoga Allah SWT tempatkan Almarhum Azaikiak Bin Abu dikalangan orang orang yg diberi kenikmatan iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin. Aamiin Ya Rabalalamin...

Salam Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Ikhlas,
Noorazmira Azaikiak
Malam 22 May 2020, 30 Ramadhan 1441.