31 December 2011

selamat tinggal 2011 -_-

berakhirnya segala suka duka 2011 =='

tepat jam 12 malam nih ,maka bermula tahun yang baru untuk kita DAN makin bertambah la umur kita semua .aduhhh cepat sungguh ye *_*

banyak perkara yang da terjadi pada tahun 2011 nih .kalau kita flashback ,banyak sangat kenangan pahit dan manis yang boleh buat kita tersenyum ketawa dan menangis bila ingat kembali .

2011 !!! tahun yang akan buat aku tersenyum bila aku imbas kembali 10 atau 20 tahun akan datang .2011 tahun yang cukup matang buat aku sebab tahun nih umur aku genap 18 tahun .umur kebebasan yang remaja remaja sekarang nak kan ?

tahun nih jugak aku berjaya capai banyak kejayaan .antaranya :

aku berjaya dapat result SPM yang membanggakan mak abah aku .walaupun tak ade la cemerlang mana tapi aku berjaya buat mak abah aku tersenyum saje untuk beberapa hari DAN aku berjaya jugak tunjukkan adik dan anak perempuan sorang dalam family yang aku boleh lakukan perubahan .bukan nak membangga diri TAPI nih semua harapan yang mak abah and adik beradik aku yang lain nakk .sangat berat untuk ditanggung ye -_-

aku dapat offer masuk matrikulasi .dekat tangkak je .dekat je kan ,dapat course account .ramai yang support aku masuk TAPI ramai jugak yang takk support .along kuh suruh tunggu keputusan kemasukan universiti . Alhamdulillah aku berjaya dapat tawaran masuk UiTM segamat .masa dapat tu aku nangis ,nak tahu sebab ape ?sebab aku tak dapat course yang aku minat that is ACCOUNT and UiTM offer aku course investment .

time tu sangat bingung nakk pikir mana satu yang patut aku masuk .hati aku kuat nakk masuk matrik sebab tu course yang aku sangat sangat minat tapi ramai yang tak support .akhirnya ,aku carik way aku sendiri ,aku call kawan cousin aku yang amek account kat matrik .aku call diaa and tanya diaa semua yang aku nakk tahu .akhirnya aku dapat buat keputusan tok masuk UiTM .alhamdulillah keputusan aku tu tidak mengecewakan aku .aku kenal ramai sangat orang yang hebat dan baik kat sini dan jugak aku berjaya buat sesuatu yang paling aku minat kat situ :D
dekat uitm nih aku masuk KELAB SILAT OLAHRAGA :D aku tak tersalah pilih kelab sebabnya kelab nih sangat sangat best dan banyak pengalaman yang aku dapat .paling penting aku dapat jumpa member member yang memang syiokkk gleee <3

aku antara wakil kelab yang mewakili UiTM segamat untuk pertandingan antara UiTM aka KARISMA .alhamdulillah aku berjaya cipta kejayaan sendiri dan kejayaan tu takkan aku dapat kalau tak ade bantuan dari senior silat dan jugak coach yang sangat sangat masuk air .hehehe :D

lepas karisma .aku menghabiskan masa dirumah dan menunggu result part one keluar .4 november ,result keluar dan alhamdulillah aku dapat keputusan yang boleh buat mak abah aku senyum sepanjang masa :)

jugak aku dapat present dari kak ikin .wahhh benda paling best tu .thanks all .

_________________________________________________________________
ade banyak lagi nakkk cerita tapi masa ta mengizinkan sebab lagi berapa minit je lagi da nak masuk 2012 .wahhh excited sungguh :D

ohhh sebelum tu benda paling sedih untuk tahun nih ,aku kehilangan pakcik yang aku panggil BAPAK .ramai yang terasa akan kehilangan ni .semoga arwah BAPAK aka JAIHAN BIN AHMAD ditempatkan disisi orang orang yang dilindungi ALLAH SWT . Al-Fatehah :D

terima kasih bacakan fatehah ,Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua .

untuk tahun baru nih ,semoga korang semua dapat capai setiap satu harapan dan target yang telah korang tetapkan .semoga berjaya dan teruskan usaha .sama sama la kita berusaha untuk kejayaan kita ye .

aku nak mintak maaf kalau selama setahun nih aku ade buat salah dekat korang yang tak perasaan or pape je ehh .kalau ade terhutang ,datang tuntut taw .hehehe :D

bye 2011 -_-

yeahhh welcome 2012 :D

muahhh muahhh with love - mira

sayang korang semua lebih dari korang tahu taw <3

bye ^_^

28 December 2011

last sunday :3


morning :D


hahaha .focus tu :D

zana me ali :)


night :D


with kak ikin abg yan adib
watch ALVIN AND THE CHIPMUNKS :D


24 December 2011

business =='

dalam kepala otak sekarang nih tengah nak carik way macam mana nak tambah duit kocek .aku ade printer and da bawak da pegi UiTM .ramai yang suruh aku buat printer service .korang rasa aku patut buat tak ?aku ingat nak jual toup tapi tak ade orang support plak .macam mana ek ?

aishhh pening la .act ,aku malas nak bukak printer service sebab malas nak layan orang ,lainlah kalau jual toup ,tak payah nak layan orang sangat kan .ade idea or cadangan ?

<3 thanks membaca ^_^

22 December 2011

11 December 2011

sememangnya aku orang yang tak boleh terima tekanan

sememangnya aku orang yang tak boleh nak selesaikan masalah

sememangnya aku orang yang tak pandai berkomunikasi dengan orang

sememangnya aku bukanlah orang yang mudah memahami

sememangnya aku tak pandai jaga hati orang lain

sememangnya aku selalu buat keputusan yang salah

sememangnya ramai orang tak suka aku

sememangnya aku keseorangan

sememangnya aku bukanlah kawan yang baik

sememangnya aku bukan lah anak yang baik

SEMEMANGNYA AKU SEORANG YANG LOOSER --"


30 November 2011

aku mira -_-

aku mira demam =='

apakah ?yeahhh minggu lepas aku demam yang paling teruk pernah aku kena dekat UiTM ni .demam + batuk + selesema = SEMPUT :( .aishhh betul betul menyusahkan ramai orang .

thanks to sali ,ali ,zana ,kak faz ,kak shaz and kak min <3

why ?haha .sebab diaorang diaorang banyakk tolong aku taw .sayang diaorang ketat ketat <3

- thanks ali and kak faz sebab teman pergi hospital pagi pagi :) susa taw nak dapat member macam ni :)

- thanks kak faz sebab sanggup naik tingkat tiga ,pas turun tingkat tiga ,naik balik tingkat dua pastu turun pastu naik balik tingkat tiga semata nak bagi and amek minyak tok kita .thanks <3 tak tahu nak cakap macam mana da :) thanks jugak sebab urut kan :)

- thanks kak shaz sebab sanggup turun bilik amek makanan bila tahu kita tak makan lagi .sweet gila .thanks sangat :D

- thanks to cik sali sebab bagi guna minyak vick .seboleh boleh diaa suruh guna minyak diaa .thanks to mak diaa jugak sebab amek berat :)

- thanks to zana and husz sebab tolong amek kad matrik yang ditinggalkan oleh aku di Dewan Kayangan .haha .sori ,aku tengah huru hara sampai tak perasan kad matrik jatuh [budak sakit apa pon tak bole ;( ]

- thanks ali kak faz kak shaz sali zana kak min sebab datang melawat BUDAK SAKIT DI BILIK 318 YANG HEBAT LAGI BERGAYA NI :p

oke ,tu semua sebelum aku balik ruma .hari rabu ,dengan cuba kuatkan semangat aku pergi la kelas yang jauh bagai dekat DK tu tapi sampai atas and turun balik bawah ,nafas aku da macam ape da time tu .wawa dengan miza da pelik gila tengok aku macam tu sebab sem lepas aku lek lek je pergi kelas yang jauh jauh tu tapi tiba tiba mula sem ni aku macam orang ape .haha .

and akhirnya aku buat keputusan untuk balik .naik pakcik viva pergi bus stand sorang sorang .sampai sana baru bagitahu member member .amek kaw !sorang sorang bising sebab pergi sendiri .padan muka aku ! :(

sampai di rumah ,aku sangat lembek ,sangat tidak bermaya .esoknya mak aku bawak aku pegi klinik kesihatan yang dekat dengan rumah aku tu .lagi sekali aku dapat gas lepas dapat dekat hospital segamat hari tu .


credit to sakina albukhary kerana menemani aku and amek gambar ni :D

lepas tu aku da oke sikit TAPI benda paling tak best aku dapat kat klinik kesihatan tu ialah ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6 biji sekali makan selepas makan !!!! bapak ahhh aku dapat ubat nih tak nak macam terkejut gila plak kan .ni baru satu ubat belum tambah yang lain lain lagi .total ubat aku makan sekali 11 bijik .bapak tak suka !da la ubat ni pahit gila gila gila ;(

alhamdulillah setelah seminggu kesakitan ,sekarang aku da semakin oke .da boleh naik DK kesayangan tu tapi tak ade stamina lagi macam dulu .my dear SILAT OLAHRAGA ,sori tak dapat turun training buat masa nih .berpantang untuk seketika ;((

p/s: - also thanks to my mummy ,daddy and all sibling <3
- thanks jugak dekat semua yang call and msg tanya khabar .korang baikkk sangat :D

08 November 2011

raya korban :DD


Selamat Hari Raya Aidiladha <3

selamat hari raya korban semua :) semoga segala nilai dan pengajaran daripada hari raya haji ni ,dapat kita gunakan untuk teruskan perjalanan dalam dunia ni :)

raya haji da dua hari berlalu tapi hari ni baru berkesempatan nak update pasal raya haji .untuk pertama kalinya pagi pagi raya aku tak bangun tengok bapak aku pegi semayang raya :p satu malam aku tak boleh tido ,duduk kat luar main game satu malam .pukul 6.30 lepas subuh terus tidur sampai la pukul 10 lebih bila mak aku gegar bilik suruh bangun .haha

bangun je pegi dapur ,ade family kak ipo aku .bapak aihhhh ,malu bebenor tapi tahan je .lepas tu kak ikin ajak pegi masjid ,nak tengok abah sembelih lembu yang telah dibantu oleh along ,abang and orang orang masjid .

so dengan malas nya terpaksa la bersiap bagai .siap ala kadar je sebab da lambat .takot lembu semua da siap sembelih .sampai je sana ,bapak aku baru nak siap siap sembelih lembu yang ke berapa nta .

sebenarnya ni kali pertama aku tengok lembu kena sembelih depan mata .rasa sayu je hati bila tengok lembu tu mendengus masa nyawa tinggal nyawa nyawa ikan tu :|

oke la ,jom tengok tengok gambar :) sikit je .yang lain tengok kat fb ehhh .muahhhh muahhh <3
with kak ikin and baju yang diberi oleh diaa <3
thanks kak ikin .cantik jubah tu :D

kakak sangat tidak takot tengok lembu yang baru disembelih tu :)

abang sangat focus tengok orang sembelih lembu sampai tidur pon mengigau nak tengok lembu .hahaha :D

mak abah and jaja :)

muka kuh yang sangat tak boleh bla masa tengok lembu itu disembelih .hahaha :P



06 November 2011

Thanks :)


Thanks for whom? Thanks to my sister-in-law la J

kenapakah ?haha .thanks sebab kak ikin bagi present dapat result baik untuk sem ni <3

happy pon ade takot pon ade .happy sebab dapat something yang harga dekat rm300 wok .mahal bole !! takot sebab berat tanggungjawab aku lepas ni .yelakan ,lepas nih tak bole a nak study main main lagi .hadiah tu mesti la pembakar semangat aku untuk belajar kuat lagi kan …

kalau part 2 dapat result terok ,tak tahu nak cakap ape K pape pon ,doakan semangat belajar aku tetap ade sem depan ye :p

tertanya tak hadiah ape yang aku dapat sampai harga mahal macam tu ?hehe .mungkin sape sape yang pernah beli pelik kenapa harga diaa bole sampai macam tu kan tapi orang kedai tu cakap harga diaa naik melambung sebab pembekal diaa dekat THAILAND ade masalah penghantaran bila musim banjir sekarang ni dekat sana .

ohhh sebelum tu ,ni la my sister-in-law J

siti noraisikin

warranty letter :p

Hard disk wok .comel tak ?aku punya calour pink :))))))

nak amek gambar sendiri tapi tak cantik :p so carik je la kat google :)


once again ,thanks kak ikin <3


04 November 2011

result :)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA - EXAMINATION RESULT

nak tulis ape ek ?hm ,tepat pukul 6 aku dikejutkan dengan alarm phone yang sangat membingitkan .dengan terpaksanya terpaksa la bangun mencari phone yang membingitkan telinga itu .haha alahaiii skema betul ayat .haha

oke !sambung cerita ,masa nak off kan alarm ,terperasan yang ade message masuk ,so dengan mata yang agak kelam kelam ni baca .

message dari siapakah ?haha .message dari kak faz la .sape lagi kan .message diaa berbunyik bergini " Alhamdulillah..3 ++.. :D " ...masa tu mata yang mengantuk terus segar and balas message tu .dengan hati yang KETERLALUAN debarannya ,aku pon bukak la email and cek .memang ade pon email dari UiTM .

time nak bukak tu hati macam nak tercabut je .sebelum bukak tu macam macam ayat yang aku baca ,saje nak tenang kan hati .

ALHAMDULILLAH !!!! dean list dalam tangan .syukur sangat sangat .aku dapat 3.76 tok part 1 ni .

aku nak ucap TERIMA KASIH banyak banyak dekat semua yang banyak tolong aku and doakan aku .hope permulaan yang baik tok aku kat UiTM ni dapat diteruskan untuk sem sem yang akan datang .

tahniah jugak dekat member member yang dapat DL and yang tak dapat DL tu ,korang jangan give up taw .tu semua tak menandakan yang korang da kalah .tu sebenarnya permulaan yang nak korang lebihkan usaha .aku yang dapat DL ni bukan la cukup pandai ,mungkin ni rezeki aku ,next sem and life aku belum tentu lagi berjaya kan .so korang jangan give up taw ,kita sama sama buat yang lagi baik untuk semesta akan datang :D

noorazmira azaikiak
diploma in investment analysis ^_^


24 October 2011

terbaru :)

belum sempat nak berblogging lagi .nak tahu cete terbaru aku ,tengok la gambar kat link bawah ni ehhh .muahhhh .

love u ollssss <3



p/s: nanti ade masa aku update :) bye bye

03 October 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME ,MYSELF AND I

BIRTHDAY ^_^

Daisypath Anniversary tickers

hari ni birthday aku :P wahhh rasa lain sangat .first time ,aku nye birthday,dapat wish ,aku nangis .hahahaha burok betol kan :(

tapi aku pon tak tahu kenapa tapi yang penting ,ni umur yang sememangnya semua remaja nak kan .umur bebas tok dyorang buat ape yang dyorang nak .aishhh terasa takot la pulak ..

seriously ,aku rindu rumah ,rindu semua orang kat rumah ;((( nakkkkkk balikkkk ..nak balikkkk ;(((((( rindu kawan kawan BS ,korang ,rindu korang sangat sangat ;(

korang ,doakan aku dapat apa yang aku nak buat and berjaya bahagia dunia akhirat ehhh ,

thanks to all the wish .really appreciate that .
sayanggggggg semua <3

02 October 2011

panjang umurmu :D

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN CIK ALI
ALLAH SELAMATKAN KAMU

selamat hari lahir yang ke 18 buat CIK ALI aka ALIEA HASSAN
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
bahagia dunia akhirat :)

celebrate :))

celebrate apakah ?hahaha .celebrate birthday cik ali la ape lagi kan .ini semua idea cik zana la ape lagi .oke cete diaa start macam ni ...

aku and sali tengah semangat betul buat latihan account sekali handphone aku berbunyik menandakan yang message HEBAT ade masuk .hehe .aku pon bangun dan tengok la .sekali message dari zana .diaa tanya nak wish ali sekarang ke besok .haha .time aku baca tu ,aku da na tergelak sebab aku tak perasan jam da dekat pukul 12.30 .semangat punya pasal study sampai lupa tengok jam .

patut la ali diam je duduk kat meja study tu .hahaha .lepas tu aku keluar la bilik jumpa zana kat luar .diaa bagi idea ,mandikan ali dengan bedak .so ,dengan bernasib baiknya kat dalam beg aku ade stok bedak .hahaha .biasala kan orang pompuan mesti la wajib ade benda tu semua .hehe

lepas tu aku pon amek bedak tu and kasi dekat zana ,then kitaorang pon masuk .bila da masuk ,aku buat buat la sambung study tapi zana tak start jugak .last last aku bangun nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY dekat diaa .baru la zana bangun and tuang bedak dekat cik ali .hahaha .best betul da dekat pukul satu pagi masih memekak .terjerit jerit .untuk pertama kalinya terjadilah perang bedak .hahahahahha selalu orang guna tepung kan ,tapi kali ni kitaorang guna bedak .haha terpaksa kan .budak u :P

oke lepas tu ,semua penat .time beramek gamba bagai .ehhh sebelum tu ,lappy aku yang ade kat bawah ,yang sememang nya warna gelap ,abeh bermandi bdak jugak .hampeh gle ,memang susah nak bersihkan semua bedak yang ade dekat keyboard ni :(

kitaorang tido kat bilik ali .dekat pukul 5 pagi baru tido .haha .tak pasal esok sorang sorang tak bangun .kesian kat member kitaorang ,husz zairey .kitaorang da janji nak study sama sama pagi tu .jumpa kat library pukul 8 lebih tapi tak ade sorang pon datang .call diaa pas tu diaa merajuk kan .haha .by the way ,cik husz ,SORRY SANGAT SANGAT ,KITAORANG TAK SENGAJA CUMA SENGAJA JE TIDO LAMBAT ,TAK SENGAJA PON TAK NAK DATANG STUDY DENGAN KO .hehehee .

ok !kat bawah ni aku share dengan korang gambo ehhh tapi amek guna lappy je .lappy sape ?haha lappy kesayangan kuh ini la .haha .gambo buruk ade gambo cantik tapi mintak maaf tak bole masuk dekat sini sebab aku free hair .hehe .oke bye

to cik ali .good luck final ni and happy selalu .
jangan ingat da 18 bole buat ape yang ko nak ehh .haha :p




25 September 2011

panjang umurmu :D

happy birthday !!!!

hahahaha .apakah ?hari ni birthday dua orang yang aku sayang gila .tapi dua dua aku just dapat wish je ,tak dapat jumpa pon sebab aku terperap kat UiTM ni .aku harap pada umur yang baru ni mereka mereka akan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat .semoga merea mereka ni di panjangkan umur dan di murahkan rezekii :)

siapakah mereka ??hahaha .macam suspen je ehhh .tak pon :P hehe .tengok kat bawah ni ,oke :)))

siapakah ?haha .ni la my sweety aka my niece :)
ADRIANNA NUR NAJIHAH AZIZAN
hari ni genap umur dia 5 tahun :) sekejap je rasa .
semoga dia membesar dan mejadi remaja yang baik baik :)
love u lahhhh :DD

ayoooo siapakah ini ?hehe .she's my budyy :))
NUR ATHIRAH RASID
hari ni genap umur dia 18 tahun .da boleh enjoy la diaa ,da besar kan .hehehehe .
aku panggil diaa TITI or TYRAM .heheehe .
btw ,all the best titi .jgn lost contact ehhh .
syg awak la :DD

24 September 2011

seronok *_*

berjogging :D

tadi tengah sedap sedap tidur dalam pukul 5 cam tu ,cik zana call .adoiiii rosak tidur petang kuh yang melenakan tu .hahaha .dia ajak pegi jogging .aku jawab endah tak endah je .last last dengan malas nya aku bangun pegi solat .

lepas tu siap siap ,aku terasa malas la pulak nak berjogging pusing UiTM ni so aku suruh la dyorang tengok gim bukak atau tak .time tunggu tu ,teringat dekat cik Ali ,so call la dia ajak sekali pegi jogging ,dia dengan suara malasnya menjawab ,kita main basikal je tak nak ke ?haha .ayat lebih kurang macam tu la .

last last basikal tak dapat ,gim pon tak bukak .finally ,plan awal jugak ktorang ikot .berjogging la ape lagi kan .aku pancit bole ?haha .tapi tetap kuatkan mental lari jugak .seronok jugak kadang kadang buat aktiviti macam ni :)

paling bengang bila lalu dekat kolej lelaki ,tak nak cam bengang pulak kan bila dyotang jerit jerit tapi dengan muka yang tebal and selambanya jalan jugak kat situ tapi jalan la tak lari pon ,kalau lari mesti dyorang seronok je tengok kan .haha .

lepas pusing UiTM satu setengah round ktorang pon singgah la dekat nr untuk mengisi perot .hahaha .hebat tak ?lepas jogging makan ?hehe .act ,ktorang makan untuk malam sekali malas nak turun lagi ,masing masing sibuk nak study tok paper ahad and isnin ni :)

da la malas nak taip lagi ,kat bawah ni aku nak share gambo ktorang .haha .tengah termengah mengah sempat lagi amek gambo ni :))

nampak muka aku yang tak bole cover mengah tu ?hahahaha .muka ama steady je :D

tengah kepanasan tahap cipan :P

awek cun awek cun .hahaha :)

cik mira with cik ama <3

cik zana and cik ali -,-

muka diaaaa :)

ingat comel ke ?haha

again ....yeahhhh :DD

kenapakah ?

macam polis bantuan yang ada kat UiTM ni da .haha

cover cun ler tu .weekkkkk .ahahhaha

Pemakaian cincin mengikut islam :)

pakai cincin pon ade syarat taw :))

hari ni bangun pagi pukul 7 :P bangun pergi solat dulu lepas tu try la baca MGT .baca kejap lepas tu ngantuk tido la balik .pukul 9 lebih baru tersedar lepas terus la pergi mandi .perghhhh sedap betul badan kena air .macam tak nak keluar je dari bilik air tu :D

lepas siap semua bukak la lappy ,mula mula semangat sangat nak baca MGT sekali da bukak FB ape pon tak jadi .hehehe .da bukak FB mesti la wajib bukak blog kan .hehe .

masa tengah baca baca post semua orang ,terbaca satu post pasal pemakaian cincin dalam islam .baca macam best je tu yang nak share dengan korang ni .baca ehhh ^_^

Nabi Muhammad SAW menasihati Saidina Ali sesudah beliau mengahwini puteri kesayangan Baginda iaitu Siti Fatimah .Baginda menasihati Saidina Ali supaya memakai cincin biarlah di jari MANIS atau KELINGKING

DAN

jangan la suka memakai cincin di jari TENGAH atau jari TELUNJUK .Baginda menasihati begitu adalah kerana pemakaian cincin di jari tengah dan telunjuk adalah meniru cara berhias kaum yang di laknat ALLAH SWT iaitu kaum yang derhaka semasa zaman Nabi Lut AS.

korang ,ini adalah syariah islam dan nasihat serta sunnah yang nabi kita lakukan makanya marilah kita ramai ramai mengikutnya oke :))

23 September 2011

lepak :DD


ade kerja berlambak sempat lagi melepak !!!!

hahaha .baru je naik kolej ni ,lepas melepak dengan zana ,ama and kawan zana che lyna .first time lepak dekat SAB stand for SEMPANA ALAM BUANA .hahaha best tak nama tu ?lain dari lain kan :)))

aku dengan ama isnin ni ade paper MGT 162 ,ape pon tak belajar lagi tapi melepak macam final da abes .haha .yang zana and membe dia pulak ade paper ahad ni pon belum study lagi .lagi la hebat mereka mereka itu .hehe .oke itu je nak cete .bye .muahhh muahhh

*mood: rindu ;(

burok yang amat :p haha

HAHAHAHA .zana mcm orang G*** .hehe .comeyy diaa :)))



p/s: gambo kami berdua sahaja yang ada .mintak maaf ama and che lyna .gambar kamu tiada .hehehehe .nanti lepak lagi ,amek gambo byk byk okey :)))))



22 September 2011

PERINGATAN !!!!!

Harap Dibaca Ye !!!

by Mohd Azaharin Muda ,ahad 18/9/2011 jam 8.05pm.

peringatan ini khas buat semua ang tidak mahu diri anda dianiaya atau disakiti .haha .menakutkan tak ayat dy ?:P

sebenarnya agak menakutkan la ,kes ni serupa dengan kes Ms Canny Ong. kisah nya bermula bergini ,hahahaha ayat mintak kaki ni :D

ade sorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. setelah selesai mengisi minyak tu ,wanita itu pon bersiap sedia untuk meninggalkan stesen minyak .masa wanita ni baru je nak bergerak ,atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu bahawa sesuatu berlaku kepada kad yang digunakan wanita itu untuk mengisi minyak sedangkan wanita itu telah selesai pon mengisi minyak .

atendan tersebut telah meminta wanita itu untuk masuk kembali ke dalam kedai dan membayar dengan wan tunai tetapi wanita itu mengangkat tangan tanda enggan masuk ke dalam dan ingin meneruskan perjalanan.

atendan yang bertugas di situ tetap memanggil wanita itu dan akhirnya wanita itu pon masuklah kembali ke dalam kedai .dengan perasaan sedikit marah ,wanita itu nasuk dan mempertikaikan kad yang digunakan itu telah pon diluluskan tetapi kenapa perlu dia membayar lagi......

atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. atendan memberitahu wanita tersebut bahawa ketika wanita itu sedang mengisi minyak ,dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. dengan segera beliau telah menelefon pihak polis. wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan keretanya dengan tergesa gesa.

kes ini didapati berkaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .

salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan lahan masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. kemudian mereka akan potong kaki atau buku lali mangsa culikan mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai beraikan badan mereka.

kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. Sila sebarkan perkara ini kepada semua orang tak kecuali seorang lelaki yang sangat sayang akan perempuan .hehe .

kepada wanita ,anda haruslah berhati hati apabila hendak masuk ke dalam kereta pada waktu malam dan anda juga janganlah suka meletakkan kereta di tempat yang gelap hanya kerana ingin mendapatkan tempat parking yang percuma. Jika boleh, jangan anda suka memandu seorang diri pada waktu malam kerana ini adalah situasi sebenar iaitu PENCULIKAN dan PEMBUNUHAN .ini adalah sangat sangat menakutkan DAN jadikan ini sebagai amalan iaitu .

1- pastikan kereta sentiasa berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta hanya untuk seketika.

2- periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3- sentiasa peka terhadap tanda tanda pelik dari persekitaran dan individu lain di dalam persekitaran itu terutama pada wakrtu malam !

Sentiasa berhati hati ye semua .Jangan sampai kita jadi mangsa manusia yang kejam ini :))

take care all ^_^


selamat membaca .muahhh muahhh hahahaha .mintakkkkk ni :)


21 September 2011

-,,-

meresap !!!

apakah ?aku baru je lepas baca dua belog perempuan yang suka ,sayang and cinta ke dekat seorang yang boleh dikatakan PLAYBOY ni .hm ,rasannya macam tak keterlaluan kot aku cakap macam ni .

sekarang ni aku terasa sangat sangat sangat lah benci pada LELAKI yang ingat diaorang ni macho sangat .sorry to say la TAPI kenapa diaorang ni suka sangat nak main mainkan perempuan ???!!!

mulot diaorang senang je mengeluarkan kata kata cinta yang palsu tu AND yang perempuan pulak kenapalah senang sangat na cair dengan semua tu .KENAPA ?korang tahu ,benda ni pon terjadi dekat aku .aishhh terasa bodoh nya diri .

oke! back to our story ,aku baca dua belog perempuan yang aku rasa sangat sangat sayang kot dekat lelaki ni .ohhh yeahhh memang sayang aku rasa sebab dua dua cakap CINTA MATIKUH .haruske ?hmmm ,nta la TAPI itulah perempuan ,kalau da suka ,da sayang dekat sorang lelaki tu susah sangat nak dibuang TAPI kenapa LELAKI suka sangat mainkan perasaan perempuan .KENAPA ?

ehh ,kenapa lelaki tu tak tahu nak jaga hati perempuan perempuan ni .dalam satu masa berCOUPLE bagai dengan ramai perempuan .tak tahu ke kitaorang ni pon ade perasaan !kenapa bila korang yang dipermainkan korang da marah macam ORANG GILA tapi bila kitaorang ni perempuan yang kena korang buat tak endah je !!!

aku sangat sangat la geram .aku sangat sangat sangat la kesian dekat dua perempuan atau mungkin lebih kot yang kena main main dengan LELAKI ni !! aishhh ,aku masih lagi bole guna bahasa yang baik lagi kalau tak ko memang saje je carik MAKI aku -,,-

korang ,aku ade member kepada member aku .dia lelaki jugak ,dia pernah cakap ,dia da couple dengan sorang perempuan ,dia akan kunci perempuan tu and buang kunci tu dekat laut .sweet kan ?maksudnya dia tak kan tengok perempuan lain bila dia da pernah sayang kan dekat seorang perempuan TAPI kenapa tak semua LELAKI macam tu ?kenapa kebanyakkan lelaki PERLU mainkan perasaan perempuan ??

SUMPAH !aku tak ade jawapan untuk itu .kalau korang terasa korang lelaki tolongla bagi kitaorang ni yang perempuan jawapan yang sebenar :(

p/s: perempuan ade jugak suka memainkan perasaan lelaki TAPI kebanyakkan nye lelaki kan ?semoga lelaki dan perempuan sekarang terbuka hati untuk berubah *_*

20 September 2011

berita -_-


berita sedih dan gembira dalam satu masa

aku baru je dari meeting silat ,meeting tu wan yang ketuakan .wan cakap dia nak jumpa sebab nak bagitahu carta organisasi and nak cakap pasal latihan and karisma .wan bagitahu presiden ,naib presiden and setiausaha je .dia bagitahu yang presiden ateng .aku tak pernah jumpa lagi sape si ateng ni sebab dia budak degree yang baru masuk tapi senior silat olahraga la .lepas tu
dia bagitahu naib presiden
and
naib presiden tu AKU !!.wan betul betul da kenakan aku .ari tu dia da cakap da yang dia akan bagi aku jawatan yang besar .betul sey mamat ni .geram !! bengang gle dengan zana , dia perli perli ,ni belum lgi sali and ali perli lagi ;((

setiausaha pulak ,jay cakap
NUR SYAZANA ADILAH BINTI MOHD NORZEHAN

yeahhhh !!!! aku suka .haha .at lease aku tak payah la kena berurusan dengan orang lain :p
oke itulah berita gembira yang aku dapat kejap tadi .

berita sedih pulak ....
balik dari meeting aku terus pergi bilik MISS NOOR nak tengok carry mark .frust gler bila jumpa miss dia cakap , 'kenapa awak punya assigment tak buat transaction ?' ...
arghhh miss cakap mcm tu je aku terus tengok assigment tu .argghhhhh aku lupa gler nak print time tu .seriously !!!!! aku rasa group aku je yang dapat markah paling rendah .dapat 78 over 100 ;((((( budak budak lain dapat 90 lebih aku just dapat 78 jerk .arghhh tak tahu nak cakap ape and untuk account aku just dapat carry mark 35 over 40 :( kalau assigment aku tak careless mesti aku bole dapat lagi tinggi .aku duduk final tenang je hati :((((

lepas tu pergi pulak bilik MADAM ROHA nak tengok carry mark MGT .aku dapat 31.95 over 40 .terukkkkkkkkkkk !!!!! aku kena skor gle gle dekat final kalo nak dapat A :((

korang doakan aku dapat buat yang terbaik tok final ni :(

FINAL -_-

jangan amek kisah ape burung tu buat ehh :) hahahhaa .baca je ape yg patut kat dalam tu .hehe :p



19 September 2011

bilik kuh :)

wajah bilik kuh di UiTM .haha



katil kuhh yang HEBAT lagi melenakan .haha


setelah 5 hari meninggalkan bilik dan pulang ke rumah semasa cuti study week .aku berjaya mengemas bilik kesayangan kuh di UiTM ini sebersih yang boleh .haha .dengan semangat dan rajinnya aku bersihkan bilik ni dengan kipas kipas sekali aku lap .huh ! sejuk je lepas tu kipas ni berpusing .haha .oke itu je nak bercerita ;P


20 August 2011

test account :((

hari ni aku test 2 account :( nothing to say la blogger ,gua punya la huru hara buat test hari ni macam ape .nak buat test account yang kena guna calculate tu bole aku TAK BAWAK kan !aishh korang boleh bayangkan tak macam mana aku jawab test tu .kira manual bro !adoiii sakit sakit .menggigil aku buat ..

time tu aku cuma main psychology je sebab tak nak panik kan .kalau aku da panik memang aku tak dapat kira betul la sebab nak cepat punya pasal ,korang boleh bayangkan tak ,nk kira peratus la itu la ini la semua guna manual .calculate TAK ADA .aishhh huru hara hidup aku tadi .

at last aku punya account imbang la ,agak lega la jugak time tu TAPI bila keluar dewan tanya member lain .imbang aku dengan diaorang lain kan .aishhh da start balik dedoh aku .

sekarang ni aku da tak boleh buat ape da .redha je la .ni buat peringatan dekat aku and korang jugak ,lain kali kalau ada test prepare dari malam ye .jangan buat keje last minit :(

wish me get good result :D

19 August 2011

sekejap je da 5 tahun ~


SEKEJAP JE DA 5 TAHUN ??

haha .nak tahu ape ?sebenarnya aku da couple dengan cik MUHAMMAD RASHIDI HAJI KAMALDIN da 5 tahun .aku pon tak sangka and aku tak pernah pon mention nama dia kat sini kan :D aku sebenarnya malas nak obvious sangat TAPI tak tahu plak kenapa aku tetiba nak post pasal cik RASHIDI kat sini ari ni :P

oke la ,meh aku cete sikit pasal kitaorang ehh :) kitaorang da couple masa aku stay KLUANG lagi .kitaorng kenal masa kitaorang sama sama masuk pertandingan silat .mula mula tu memang la tak ade pape .just KAWAN je ,pas tu ade satu hari tu ,dia dengan beraninya call rumah and dia cakap saja nak borak borak and at last dia pon mintak couple :P

dekat seminggu jugak aku pikir .haha .kelakar tak ?ye la kan time tu aku baru form 1 da nak ber COUPLE bagai .tahu mak aku nyaye je nak makan hanger :P

sampai situ je boleh cete .haha .huh !ni aku nak cete ,aku bertambah RESPECT kat dia bila dia berani datang rumah aku jumpa mak abah aku raya tahun lepas .seronok betul dia borak dengan abah sampai aku pulak jadi takot .HAHA .oke that's all :D

nak tahu cerita lebih lanjut sila hubungi cik MIRA hebat ni .haha .


*** selamat menjalani ibadah puasa and sabar ye lagi berapa jam je lagi nak buka -_^

cik RASHIDI KAMALDIN
(hensem ke ?wekk suka hati korang la nak cakap ape .haha)
( abang abang aku baca blog ni nyaye je 360 hari kena perli :P )


19 august 2006 till now <3

11 August 2011

ogos *_*

ogos bulan paling mencabar untuk aku kali ni ..... banyak benda yang aku kena buat dalam bulan ni ... aishhh pening kepala .bulan ni jugak bulan puasa ,so sangat sangat la mencabar .nak buat kerja sambil melayan mata yang mengantuk .nak tahu ape aku buat bulan ni ? hehe .oke lets see *_*


4/8 quiz account

5/8 test 2 mat

6/8 test listening

9/8 test speaking and quiz account

16/8 anta assigment account

20/8 test 2 account

AND

25/8 BALIK RAYA ,,,hahaha


pack giler kan .alomost every week ade je test or quiz .da la semua tu penting .ade carry mark tok final plak tu .aishhh tak jawab betul betul susah la nanti final kena push otak .lebih baik push dari sekarang kan ? :))


25/8 tu hari paling aku tak sabar nak tunggu .nak cepat cepat bungkus barang .balik rumah .haha .nak raya sakan tahun ni .balik sini mesti da buzy balik sbb final da dekat kot ... TAPI dapat cuti seminggu je .TAK BEST :((


** tak sabar nak makan semua semua hari raya nanti :))

01 August 2011

puasa @ uitm

Pengalaman berpuasa hari pertama di UiTM segamat sangat sangat menyedihkan .apa yang menyedihkan bila aku ,zana ,salina and alia mula mula plan nak order mcd delivery tapi bila nak order org tu cakap “sori miss ,untuk UiTM kami anta sampai pukul 6 je, lepas pukul 6 kami tak terima tempahan lagi” .... arghhhh frust gle .

Aku makan keropok sayur yang mak aku bawakkan je .yang lain aku tak sempat tanya lagi :( ni post aku post masa lepas azan magrib yang semua orang sedang enak menjamu selera yang aku setakat air milo + keropok sayur = berbuka 

28 July 2011

HARIMAU MALAYA TERBAIKKKKKKK !!

GOOD JOB MALAYSIA !!! ketepikan ape orang kate yang penting korag da berusaha *_*

menang tak semestiya hebat !kalah tak semestinya tak hebat ! at lease kita main guna tenaga orang MALAYSIA bukan beli tenaga orang lain ;)

p/s : tak payah la nak kutuk. cuba turun padang main. bole ? ^_^

14 July 2011

balikkkkkkkkkkkkkkk ^^

takkkk sabar nak balik rumah !!!nak bangun tido lambat !!!nak makan banyak banyak !!!nak main dengan ADRIANNA NUR NAJIHAH ,MUHAMMAD ADIB SYAUQI and AZZALEYA NUR JANNAH .paling penting nak berebut tv dengan ADRIANNA NUR NAJIHAH .kakak !!!!ucu da dua bulan tak tengok tv taw :(((


cannot wait for that .tomorrow :)) hope everything will be OK :D

12 July 2011

nothing to say **

semalam aku dapat pape test MGT162 aku. first paper test yang aku dapat .aku just dapat 8.4/10 je .teruk .ade member class aku dapat 9.7 .hebat gler kot .tapi aku bersyukur la tu daripada dapat over 5 .tu pon nasib baik aku baca sikit kalau tak nta ape la yang aku dapat .

hari ni aku tengah stand by nak dapat paper quiz and test MAT112 and aku tengah prepare abes nak jawab quiz MAT jugak petang ni and test CTU malam karang .wish me luck dude and babe .see you next post .muahhh muahhh bye :)

lot of love - mira

26 June 2011

baru part one or sebulan lebih je masuk sini aku da dapat jawatan dalam satu kelab .hebat or tak korang rasa ?act ,aku dengan zana dapat jawatan dalam kelab yang sama .zana dapat pegang jawatan EXCO MULTIMEDIA and aku dapat jawatan NAIB SETIAUSAHA .haha kelakar tak ?

aku da la tak pernah buat minit mesyuarat and real report ,sekali aku kena buat kat sini, tak nak macam huru hara pulak aku kan .tapi nasib baik aku ade setiausaha yang agak ok ,yang nak tolong aku betulkan report tu .

kerja zana best giler, dia kena buat facebook and update blog je .ishhhh mentang mentang budak CS ,senang je dapat exco tu .HAHA :))

Kerja aku semakin hari semakin bertambah tambah and aku rasa nak balik JOHOR macam tak sempat je.aku takot aku tak dapat siapkan kerja yang bertimbun timbun tu .tapi kat sini aku agak tension sikit sebab malam sentiasa ade aktiviti .kalau tak pergi ,tak dapat kupon then susah nak dapat kolej sem depan .aihhhh pening kepala aku .dekat sini susah nak tengok aku tidur sebelum pukul 12 .paling awal aku tidur pukul 1 and paling lambat pukul 4 .giler tak ?

ok la korang ,tu je aku nak certa kat sini pagi buta ni .aku update ni pun baru lepas buat quiz kat i-learn bersama sama salina and alia tetapi mereka mereka telah terbongkang tidur di atas katil dan lantai .haha .

muahh muahhh .rindu sama mak punya asam pedas ;(

15 June 2011

uitm again :)

Minggu ni masuk minggu ke empat aku da duduk kat uitm ni. Aku da dapat selesakan diri aku kat sini .nasib aku baik sebab dapat room mate yang sangat sangat ok. Nama dia ZURINA BINTI ADNAN :) HAHA saje nak promote nama ni :)

Aku panggil dia, kak zu TAPI member dia tulis nama dia kak ZOO .haha .tapi dia baik sangat taw ,dia kasi aku banyak sangat buku sampai sem dua punya pon dia kasi .aku nak bayar tapi dai tak nak .so !aku memang kena bersyukur gler gler a .Dia suruh aku doakan dia berjaya dan bahagia je ,dia tak kesah pasal duit tu semua .aihhhh nasib aku baik la kiranya :)

ohhh aku terlupa nak cerita pasal minggu orentasi aku yang kat sini panggil MDS (minggu destini siswa). seminggu masa MDS tu sangat sangat la MENYAKITKANKAN, MEMENATKAN DAN BANYAK BUAT DOSA .haha .tahu tak sebab ape ?sebab kutuk kakak kakak and abang abang PM. sebab diaorang train kitaorang macam budak budak, geram gler tapi lepas abes MDS baru kitorang semua tahu yang segelintir kakak kakak and abang abang PM ni ok rupanya. diaorang ni sporting and friendly ^_^

aku stay kat kolej INTAN and kat tingkat atas sekali .318 !nombor ajaib aku .haha .sebulan kat sini .kaki aku da mula sakit da .kalau nak duduk macam orang tua nak bangun .sakit gler L

dekat sini aku kenal ramai kawan baru. Tapi yang paling mesra and sporting gler budak wings aku. Nana ,ieza ,fiza ,farah ,mira S ,sheham ,zati ,nisa and ann J diaorang pentingkan persahabatan J kalau nak pergi makan ke ,pergi dewan ke ,mesti tunggu sampai semua orang ade baru gerak .awww so sweet .aku teringat dekat member member BS aku .diaorang dulu pon macam tu jugak .arghhh rindunya kat korang :((

budak class aku oke la. Diaorang sporting jugak and semua lecturer yang aku dapat sekarang semua nya oke sangat sangat. Aku pon taka de la rasa takot sangat nak belajar. Alhamdulillah, munglin rezeki aku lagi kat sini. Aku nak mention sikit nama budak budak class aku ehh .hm ,opie ,wawa ,miza ,mira ,husz and ............

husz budak laki paling ok dalam class aku tapi Cuma dia ni perangai ade sikit macam budak budak ,haha J (dia yang suruh mention nama dia kat sini.haha :D)

STOP dulu !aku nak kena pergi kawad ni .next post aku masuk kan gambar pulak ye .muahhh muahhh

Love you olllssss .muahhh muahhh

-mira-

11 June 2011

dajal @

Hai blogger blogger sekalian .apa khabar ya ?haha .baik tak ayt ?ngehh ngehh .blog ni last update sehari sebelum aku gerak uitm .so kat sini aku dapat something untuk di share dengan korang semua .benda yang aku nak cete ni sebenarnya artikel dari surat khabar yang aku dapat dari member wings aku .so selamat membaca *_*

Pengamal perubatan islam berkata ,DAJAL akan turun ke bumi apabila dunia hampir kiamat. Pada saat kemunculannya, masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama dan ajaran ALLAH SWT diingkari secara terang terangan.

Antaranya ialah kekacauan berlaku di mana mana, keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu. pada masa itulah, munculnya makhluk bernama DAJAL. Ia mampu menunjukkan pelbagai kekuatan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan ALLAH.

Kemunculan DAJAL bukanlah sesuatu yang dongeng dan tidak berasas kerana banyak hadis kuat membicarakn mengenainya. Rasulullah bersabda : “sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga berlakunya 10 perkara iaitu – keluar asap dari bumi, munculnya Dajal, keluar DAbbah (binatang yang melata), matahari terbit dari Barat, turunnya Nabi Isa AS, keluar Ya’juj dan Ma’juj, gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di Semenanjung Arab dan api yang menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul) ”.

Sesetengah ulama berpendapat lagi bahawa DAJAL berasal daripada kalangan manusia tetapi ia belum di lahirkan lagi sehinggalah akhir zaman. Pendapat lain pula mengatakan bahawa bapa DAJAL adalah manusia dan ibu DAJAL adalah jin.

DAJAL akan mengaku sebagai nabi dan menyebarkan hadis palsu selain mengaku diri sebagai Tuhan bagi memperdayakan manusia. Baginda bersabda ‘”tidak akan berlaku kiamat sehingga lahirnya 30 orang DAJAL yang pembohong, semuanya mendakwa dirinya rasul ALLAH. Mereka melimpahkan harta benda dan pada saat itu berlaku banyak fitnah (kerosakkan demi kerosakan) dan berlakunya banyak haraj. Haraj bermaksud pembunuhan demi pembunuhan

Umat akhir zaman memang mengetahui bahawa DAJAL itu sebenarnya pembohong besar, namun mereka tetap mendekatinya semata-mata untuk mendapatkan habuan rezeki berupa makanan, ternakan serta tanaman.

Sesiapa yang mengakui DAJAL sebagai Tuhan, maka mereka tertipu manakala orang yang teguh imannya akan berkata “ALLAH TUHANKU” dan mereka selamat daripada DAJAL.

Kemampuan DAJAL seperti diizinkan ALLAH SWT adalah :

1- Boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh

2- Memiliki kemewahan dunia

3- Memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman

4- Memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya

5- Menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak

Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah, negeri miskin yang dilawatinya akan menjadi kaya dan pada pemerintahannya, orang yang khianat diberi kepercayaan, manakala pihak yang jujur dan amanah akan dianggap pendusta.

Cirri cirri DAJAL pula adalah lelaki berambut kerinting, buta mata kanannya seumpama biji anggur yang menonjol, muncul pada suatu tempat antara Syam dan Iraq, melakukan kerosakan di tempat yang disinggahinya.

Ia tidak mampu untuk memasuki kota Makkah dan Madinah, antara kedua dua matanya tertulis perkataan ‘KAFIR’ yang boleh dipahami mereka yang boleh membaca atau buta huruf dan DAJAL tinggal di bumi selama 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun sebelum dibunuh oleh Nabi Isa as. Nabi Isa akan membunuh Dajal di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis.

DAJAL juga berkemungkinan bukan berbentuk makhluk sebaliknya ia adalah ‘pemikiran’ atau ideology yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia. DAJAL yang mendorong kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap ALLAH dan menimbulkan kerosakan pada muka bumi dan umat manusia lain.