30 November 2011

aku mira -_-

aku mira demam =='

apakah ?yeahhh minggu lepas aku demam yang paling teruk pernah aku kena dekat UiTM ni .demam + batuk + selesema = SEMPUT :( .aishhh betul betul menyusahkan ramai orang .

thanks to sali ,ali ,zana ,kak faz ,kak shaz and kak min <3

why ?haha .sebab diaorang diaorang banyakk tolong aku taw .sayang diaorang ketat ketat <3

- thanks ali and kak faz sebab teman pergi hospital pagi pagi :) susa taw nak dapat member macam ni :)

- thanks kak faz sebab sanggup naik tingkat tiga ,pas turun tingkat tiga ,naik balik tingkat dua pastu turun pastu naik balik tingkat tiga semata nak bagi and amek minyak tok kita .thanks <3 tak tahu nak cakap macam mana da :) thanks jugak sebab urut kan :)

- thanks kak shaz sebab sanggup turun bilik amek makanan bila tahu kita tak makan lagi .sweet gila .thanks sangat :D

- thanks to cik sali sebab bagi guna minyak vick .seboleh boleh diaa suruh guna minyak diaa .thanks to mak diaa jugak sebab amek berat :)

- thanks to zana and husz sebab tolong amek kad matrik yang ditinggalkan oleh aku di Dewan Kayangan .haha .sori ,aku tengah huru hara sampai tak perasan kad matrik jatuh [budak sakit apa pon tak bole ;( ]

- thanks ali kak faz kak shaz sali zana kak min sebab datang melawat BUDAK SAKIT DI BILIK 318 YANG HEBAT LAGI BERGAYA NI :p

oke ,tu semua sebelum aku balik ruma .hari rabu ,dengan cuba kuatkan semangat aku pergi la kelas yang jauh bagai dekat DK tu tapi sampai atas and turun balik bawah ,nafas aku da macam ape da time tu .wawa dengan miza da pelik gila tengok aku macam tu sebab sem lepas aku lek lek je pergi kelas yang jauh jauh tu tapi tiba tiba mula sem ni aku macam orang ape .haha .

and akhirnya aku buat keputusan untuk balik .naik pakcik viva pergi bus stand sorang sorang .sampai sana baru bagitahu member member .amek kaw !sorang sorang bising sebab pergi sendiri .padan muka aku ! :(

sampai di rumah ,aku sangat lembek ,sangat tidak bermaya .esoknya mak aku bawak aku pegi klinik kesihatan yang dekat dengan rumah aku tu .lagi sekali aku dapat gas lepas dapat dekat hospital segamat hari tu .


credit to sakina albukhary kerana menemani aku and amek gambar ni :D

lepas tu aku da oke sikit TAPI benda paling tak best aku dapat kat klinik kesihatan tu ialah ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6 biji sekali makan selepas makan !!!! bapak ahhh aku dapat ubat nih tak nak macam terkejut gila plak kan .ni baru satu ubat belum tambah yang lain lain lagi .total ubat aku makan sekali 11 bijik .bapak tak suka !da la ubat ni pahit gila gila gila ;(

alhamdulillah setelah seminggu kesakitan ,sekarang aku da semakin oke .da boleh naik DK kesayangan tu tapi tak ade stamina lagi macam dulu .my dear SILAT OLAHRAGA ,sori tak dapat turun training buat masa nih .berpantang untuk seketika ;((

p/s: - also thanks to my mummy ,daddy and all sibling <3
- thanks jugak dekat semua yang call and msg tanya khabar .korang baikkk sangat :D

08 November 2011

raya korban :DD


Selamat Hari Raya Aidiladha <3

selamat hari raya korban semua :) semoga segala nilai dan pengajaran daripada hari raya haji ni ,dapat kita gunakan untuk teruskan perjalanan dalam dunia ni :)

raya haji da dua hari berlalu tapi hari ni baru berkesempatan nak update pasal raya haji .untuk pertama kalinya pagi pagi raya aku tak bangun tengok bapak aku pegi semayang raya :p satu malam aku tak boleh tido ,duduk kat luar main game satu malam .pukul 6.30 lepas subuh terus tidur sampai la pukul 10 lebih bila mak aku gegar bilik suruh bangun .haha

bangun je pegi dapur ,ade family kak ipo aku .bapak aihhhh ,malu bebenor tapi tahan je .lepas tu kak ikin ajak pegi masjid ,nak tengok abah sembelih lembu yang telah dibantu oleh along ,abang and orang orang masjid .

so dengan malas nya terpaksa la bersiap bagai .siap ala kadar je sebab da lambat .takot lembu semua da siap sembelih .sampai je sana ,bapak aku baru nak siap siap sembelih lembu yang ke berapa nta .

sebenarnya ni kali pertama aku tengok lembu kena sembelih depan mata .rasa sayu je hati bila tengok lembu tu mendengus masa nyawa tinggal nyawa nyawa ikan tu :|

oke la ,jom tengok tengok gambar :) sikit je .yang lain tengok kat fb ehhh .muahhhh muahhh <3
with kak ikin and baju yang diberi oleh diaa <3
thanks kak ikin .cantik jubah tu :D

kakak sangat tidak takot tengok lembu yang baru disembelih tu :)

abang sangat focus tengok orang sembelih lembu sampai tidur pon mengigau nak tengok lembu .hahaha :D

mak abah and jaja :)

muka kuh yang sangat tak boleh bla masa tengok lembu itu disembelih .hahaha :P



06 November 2011

Thanks :)


Thanks for whom? Thanks to my sister-in-law la J

kenapakah ?haha .thanks sebab kak ikin bagi present dapat result baik untuk sem ni <3

happy pon ade takot pon ade .happy sebab dapat something yang harga dekat rm300 wok .mahal bole !! takot sebab berat tanggungjawab aku lepas ni .yelakan ,lepas nih tak bole a nak study main main lagi .hadiah tu mesti la pembakar semangat aku untuk belajar kuat lagi kan …

kalau part 2 dapat result terok ,tak tahu nak cakap ape K pape pon ,doakan semangat belajar aku tetap ade sem depan ye :p

tertanya tak hadiah ape yang aku dapat sampai harga mahal macam tu ?hehe .mungkin sape sape yang pernah beli pelik kenapa harga diaa bole sampai macam tu kan tapi orang kedai tu cakap harga diaa naik melambung sebab pembekal diaa dekat THAILAND ade masalah penghantaran bila musim banjir sekarang ni dekat sana .

ohhh sebelum tu ,ni la my sister-in-law J

siti noraisikin

warranty letter :p

Hard disk wok .comel tak ?aku punya calour pink :))))))

nak amek gambar sendiri tapi tak cantik :p so carik je la kat google :)


once again ,thanks kak ikin <3


04 November 2011

result :)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA - EXAMINATION RESULT

nak tulis ape ek ?hm ,tepat pukul 6 aku dikejutkan dengan alarm phone yang sangat membingitkan .dengan terpaksanya terpaksa la bangun mencari phone yang membingitkan telinga itu .haha alahaiii skema betul ayat .haha

oke !sambung cerita ,masa nak off kan alarm ,terperasan yang ade message masuk ,so dengan mata yang agak kelam kelam ni baca .

message dari siapakah ?haha .message dari kak faz la .sape lagi kan .message diaa berbunyik bergini " Alhamdulillah..3 ++.. :D " ...masa tu mata yang mengantuk terus segar and balas message tu .dengan hati yang KETERLALUAN debarannya ,aku pon bukak la email and cek .memang ade pon email dari UiTM .

time nak bukak tu hati macam nak tercabut je .sebelum bukak tu macam macam ayat yang aku baca ,saje nak tenang kan hati .

ALHAMDULILLAH !!!! dean list dalam tangan .syukur sangat sangat .aku dapat 3.76 tok part 1 ni .

aku nak ucap TERIMA KASIH banyak banyak dekat semua yang banyak tolong aku and doakan aku .hope permulaan yang baik tok aku kat UiTM ni dapat diteruskan untuk sem sem yang akan datang .

tahniah jugak dekat member member yang dapat DL and yang tak dapat DL tu ,korang jangan give up taw .tu semua tak menandakan yang korang da kalah .tu sebenarnya permulaan yang nak korang lebihkan usaha .aku yang dapat DL ni bukan la cukup pandai ,mungkin ni rezeki aku ,next sem and life aku belum tentu lagi berjaya kan .so korang jangan give up taw ,kita sama sama buat yang lagi baik untuk semesta akan datang :D

noorazmira azaikiak
diploma in investment analysis ^_^