26 June 2011

baru part one or sebulan lebih je masuk sini aku da dapat jawatan dalam satu kelab .hebat or tak korang rasa ?act ,aku dengan zana dapat jawatan dalam kelab yang sama .zana dapat pegang jawatan EXCO MULTIMEDIA and aku dapat jawatan NAIB SETIAUSAHA .haha kelakar tak ?

aku da la tak pernah buat minit mesyuarat and real report ,sekali aku kena buat kat sini, tak nak macam huru hara pulak aku kan .tapi nasib baik aku ade setiausaha yang agak ok ,yang nak tolong aku betulkan report tu .

kerja zana best giler, dia kena buat facebook and update blog je .ishhhh mentang mentang budak CS ,senang je dapat exco tu .HAHA :))

Kerja aku semakin hari semakin bertambah tambah and aku rasa nak balik JOHOR macam tak sempat je.aku takot aku tak dapat siapkan kerja yang bertimbun timbun tu .tapi kat sini aku agak tension sikit sebab malam sentiasa ade aktiviti .kalau tak pergi ,tak dapat kupon then susah nak dapat kolej sem depan .aihhhh pening kepala aku .dekat sini susah nak tengok aku tidur sebelum pukul 12 .paling awal aku tidur pukul 1 and paling lambat pukul 4 .giler tak ?

ok la korang ,tu je aku nak certa kat sini pagi buta ni .aku update ni pun baru lepas buat quiz kat i-learn bersama sama salina and alia tetapi mereka mereka telah terbongkang tidur di atas katil dan lantai .haha .

muahh muahhh .rindu sama mak punya asam pedas ;(

15 June 2011

uitm again :)

Minggu ni masuk minggu ke empat aku da duduk kat uitm ni. Aku da dapat selesakan diri aku kat sini .nasib aku baik sebab dapat room mate yang sangat sangat ok. Nama dia ZURINA BINTI ADNAN :) HAHA saje nak promote nama ni :)

Aku panggil dia, kak zu TAPI member dia tulis nama dia kak ZOO .haha .tapi dia baik sangat taw ,dia kasi aku banyak sangat buku sampai sem dua punya pon dia kasi .aku nak bayar tapi dai tak nak .so !aku memang kena bersyukur gler gler a .Dia suruh aku doakan dia berjaya dan bahagia je ,dia tak kesah pasal duit tu semua .aihhhh nasib aku baik la kiranya :)

ohhh aku terlupa nak cerita pasal minggu orentasi aku yang kat sini panggil MDS (minggu destini siswa). seminggu masa MDS tu sangat sangat la MENYAKITKANKAN, MEMENATKAN DAN BANYAK BUAT DOSA .haha .tahu tak sebab ape ?sebab kutuk kakak kakak and abang abang PM. sebab diaorang train kitaorang macam budak budak, geram gler tapi lepas abes MDS baru kitorang semua tahu yang segelintir kakak kakak and abang abang PM ni ok rupanya. diaorang ni sporting and friendly ^_^

aku stay kat kolej INTAN and kat tingkat atas sekali .318 !nombor ajaib aku .haha .sebulan kat sini .kaki aku da mula sakit da .kalau nak duduk macam orang tua nak bangun .sakit gler L

dekat sini aku kenal ramai kawan baru. Tapi yang paling mesra and sporting gler budak wings aku. Nana ,ieza ,fiza ,farah ,mira S ,sheham ,zati ,nisa and ann J diaorang pentingkan persahabatan J kalau nak pergi makan ke ,pergi dewan ke ,mesti tunggu sampai semua orang ade baru gerak .awww so sweet .aku teringat dekat member member BS aku .diaorang dulu pon macam tu jugak .arghhh rindunya kat korang :((

budak class aku oke la. Diaorang sporting jugak and semua lecturer yang aku dapat sekarang semua nya oke sangat sangat. Aku pon taka de la rasa takot sangat nak belajar. Alhamdulillah, munglin rezeki aku lagi kat sini. Aku nak mention sikit nama budak budak class aku ehh .hm ,opie ,wawa ,miza ,mira ,husz and ............

husz budak laki paling ok dalam class aku tapi Cuma dia ni perangai ade sikit macam budak budak ,haha J (dia yang suruh mention nama dia kat sini.haha :D)

STOP dulu !aku nak kena pergi kawad ni .next post aku masuk kan gambar pulak ye .muahhh muahhh

Love you olllssss .muahhh muahhh

-mira-

11 June 2011

dajal @

Hai blogger blogger sekalian .apa khabar ya ?haha .baik tak ayt ?ngehh ngehh .blog ni last update sehari sebelum aku gerak uitm .so kat sini aku dapat something untuk di share dengan korang semua .benda yang aku nak cete ni sebenarnya artikel dari surat khabar yang aku dapat dari member wings aku .so selamat membaca *_*

Pengamal perubatan islam berkata ,DAJAL akan turun ke bumi apabila dunia hampir kiamat. Pada saat kemunculannya, masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama dan ajaran ALLAH SWT diingkari secara terang terangan.

Antaranya ialah kekacauan berlaku di mana mana, keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu. pada masa itulah, munculnya makhluk bernama DAJAL. Ia mampu menunjukkan pelbagai kekuatan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan ALLAH.

Kemunculan DAJAL bukanlah sesuatu yang dongeng dan tidak berasas kerana banyak hadis kuat membicarakn mengenainya. Rasulullah bersabda : “sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga berlakunya 10 perkara iaitu – keluar asap dari bumi, munculnya Dajal, keluar DAbbah (binatang yang melata), matahari terbit dari Barat, turunnya Nabi Isa AS, keluar Ya’juj dan Ma’juj, gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di Semenanjung Arab dan api yang menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul) ”.

Sesetengah ulama berpendapat lagi bahawa DAJAL berasal daripada kalangan manusia tetapi ia belum di lahirkan lagi sehinggalah akhir zaman. Pendapat lain pula mengatakan bahawa bapa DAJAL adalah manusia dan ibu DAJAL adalah jin.

DAJAL akan mengaku sebagai nabi dan menyebarkan hadis palsu selain mengaku diri sebagai Tuhan bagi memperdayakan manusia. Baginda bersabda ‘”tidak akan berlaku kiamat sehingga lahirnya 30 orang DAJAL yang pembohong, semuanya mendakwa dirinya rasul ALLAH. Mereka melimpahkan harta benda dan pada saat itu berlaku banyak fitnah (kerosakkan demi kerosakan) dan berlakunya banyak haraj. Haraj bermaksud pembunuhan demi pembunuhan

Umat akhir zaman memang mengetahui bahawa DAJAL itu sebenarnya pembohong besar, namun mereka tetap mendekatinya semata-mata untuk mendapatkan habuan rezeki berupa makanan, ternakan serta tanaman.

Sesiapa yang mengakui DAJAL sebagai Tuhan, maka mereka tertipu manakala orang yang teguh imannya akan berkata “ALLAH TUHANKU” dan mereka selamat daripada DAJAL.

Kemampuan DAJAL seperti diizinkan ALLAH SWT adalah :

1- Boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh

2- Memiliki kemewahan dunia

3- Memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman

4- Memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya

5- Menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak

Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah, negeri miskin yang dilawatinya akan menjadi kaya dan pada pemerintahannya, orang yang khianat diberi kepercayaan, manakala pihak yang jujur dan amanah akan dianggap pendusta.

Cirri cirri DAJAL pula adalah lelaki berambut kerinting, buta mata kanannya seumpama biji anggur yang menonjol, muncul pada suatu tempat antara Syam dan Iraq, melakukan kerosakan di tempat yang disinggahinya.

Ia tidak mampu untuk memasuki kota Makkah dan Madinah, antara kedua dua matanya tertulis perkataan ‘KAFIR’ yang boleh dipahami mereka yang boleh membaca atau buta huruf dan DAJAL tinggal di bumi selama 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun sebelum dibunuh oleh Nabi Isa as. Nabi Isa akan membunuh Dajal di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis.

DAJAL juga berkemungkinan bukan berbentuk makhluk sebaliknya ia adalah ‘pemikiran’ atau ideology yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia. DAJAL yang mendorong kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap ALLAH dan menimbulkan kerosakan pada muka bumi dan umat manusia lain.