16 May 2012

:: Tips 1

Tips Hilangkan Rasa Gementar Semasa Perbentangan

Assalammualaikum semua. Apa khabar? Hari nih mood sangat baik nak berceloteh kat belog nih J (ayat tak boleh bla kan .hahahaha)

Oke la ,hari nih semangat betul baca surat khabar so kat ruangan KAUNSELING REMAJA ,ade satu soalan dari student IPT ,budak nih baru jeh part 1 .

Soalan diaa ,macam mana nak kurangkan rasa gementar masa nak buat perbentangan ,so Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon (kaunselor) ade bagi tips.

1- Buat banyak latihan sebelum perbentangan contohnya berlatih di hadapan cermin supaya kita tahu apa kelemahan kita.

2- Berlatih di hadapan rakan rakan dan meminta mereka memberi komen atau sebagainya.

3- Persediaan yang rapi seperti membuat pembacaan yang meluas mengenai tajuk yang akan dibentangkan.

4- Penggunaan bahan bahan yang menarik dan isi kandungan yang mantap boleh membantu kita merasa yakin untuk membuat perbentangan.

5- Kita juga bole membayangkan seolah olah tiada sesiapa berada di hadapan kita masa tu untuk hilangkan rasa takut.

Aku saje nak post kat sini sebab aku rasa benda nih sangat berguna untuk kita semua as a student kan. Event kita da part 3 ,4 ,5, 6 pon still rasa gementar semua kan . Tapi rasanya rasa gementar tu normal la kan TAPI nih gementar yang tak boleh control … J

Assalammualaikum dan Selamat Malam



Noorazmira Azaikiak
DIIA/3

No comments:

Post a Comment