16 May 2012

:: Tips 2


Minggu nih sibuk betul kemas bilik ,buang segala barang yang tak guna lagi TAPI tak siap siap .HAHAHA .

Tengah belek belek kertas yang menggunung tu terselit satu paper pasal 70 DOSA DOSA BESAR .seingatnya kertas nih ABA yang bagi masa balik surau tahun bila ntah .HAHAHA .apa la aku nih kan .

Entry kali nih nak cerita pasal ape 70 dosa dosa tu .Sebenarnya senarai dosa dosa nih Imam Azzahabiyy ada senaraikan dalam kitabnya iaitu Al-Kabaair. 70 dosa itu ialah ~

1.       Belajar ilmu dan sembunyikan pengetahuan itu
2.       Bersaksi palsu
3.       Berjudi
4.       Bersumpah palsu dan bohong
5.       Berbohong
6.       Apabila sembahyang baju yang dipakai mempunyai gambar
7.       Berperempuan pelacur
8.       Berbuat buruk terhadap orang lemah
9.       Berdebat dan memusuhi
10.   Bersifat dayus
11.   Bercakap kasar dengan orang tua
12.   Dusta nama ALLAH dan RasulNYA
13.   Derhaka pada suami
14.   Derhaka kepada hamba ALLAH dan menganggap dirinya baik
15.   Hakim derhaka
16.   Homosex iaitu seagama dan sejenis
17.   Kurang timbangan
18.   Lari seorang hamba daripada tuannya
19.   Lelaki menyerupai wanita
20.   Lari dari medan perang di jalan ALLAH
21.   Membunuh manusia
22.   Membunuh diri sendiri
23.   Mengamalkan syirik
24.   Meninggalkan sembahyang lima waktu
25.   Meninggalkan sembahyang jumaat
26.   Derhaka kepada ibu bapa
27.   Memutuskan hubungan silaturrahim
28.   Melakukan zina
29.   Makan harta anak yatim secara tidak betul
30.   Makan dari kekayaan haram
31.   Memberi rahsuah dan mengambil rahsuah
32.   Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33.   Makan riba
34.   Minum arak
35.   Mencuri
36.   Merompak
37.   Melakukan kezaliman
38.   Melakukan pengkhianatan
39.   Menyebut nyebut pemberian
40.   Mengingkari janji
41.   Memfitnah
42.   Mengutuk orang islam
43.   Merasa aman dari kemurkaan ALLAH
44.   Menipu harta rampasan
45.   Melampaui batas
46.   Menuduh zina terhadap orang yang baik
47.   Memakai emas dan sutera bagi orang lelaki
48.   Mempercayai nujum dan sihir
49.   Menjadi pak sanggup
50.   Mencari kesalahan orang lain
51.   Mengganggu orang lain
52.   Mengganggu tetangga
53.   Menyakiti dan memaki orang islam
54.   Mengintip rahsia dan buka rahsia orang lain
55.   Mencaci sahabat sahabat Nabi
56.   Mengurangi wasiat
57.   Mengingkari takdir
58.   Putus asa dari rahmat ALLAH
59.   Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60.   Riak mempamerkan diri
61.   Syirikkan ALLAH dengan sesuatu yang lain
62.   Sombong dan angkuh
63.   Sembelih untuk selain ALLAH
64.   Tidak mengeluarkan zakat
65.   Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66.   Tidak mengerjakan haji jika mampu
67.   Tidak beristibrak kencing (tak paham dan akan aku carik penjelasannya J)
68.    Tidak mendengar cakap ibu bapa
69.   Tipu daya
70.   Wanita menyerupai lelaki

Fuyoooo banyak kan ?korang rasa korang pernah TERbuat tak benda benda kat atas nih .InsyaALLAH kita sama sama perbaiki ape yang perlu dan aku harap entry aku kali nih dapat beri korang sesuatu yang berguna :)

Assalammualaikum semua :D

No comments:

Post a Comment