11 June 2011

dajal @

Hai blogger blogger sekalian .apa khabar ya ?haha .baik tak ayt ?ngehh ngehh .blog ni last update sehari sebelum aku gerak uitm .so kat sini aku dapat something untuk di share dengan korang semua .benda yang aku nak cete ni sebenarnya artikel dari surat khabar yang aku dapat dari member wings aku .so selamat membaca *_*

Pengamal perubatan islam berkata ,DAJAL akan turun ke bumi apabila dunia hampir kiamat. Pada saat kemunculannya, masyarakat sudah terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama dan ajaran ALLAH SWT diingkari secara terang terangan.

Antaranya ialah kekacauan berlaku di mana mana, keruntuhan akhlak, peperangan dan pembunuhan berjalan seiring dengan putaran waktu. pada masa itulah, munculnya makhluk bernama DAJAL. Ia mampu menunjukkan pelbagai kekuatan magis yang pasti menakjubkan mereka yang tidak lagi beriman serta meneruskan penindasan terhadap sesiapa yang masih mahu mengesakan ALLAH.

Kemunculan DAJAL bukanlah sesuatu yang dongeng dan tidak berasas kerana banyak hadis kuat membicarakn mengenainya. Rasulullah bersabda : “sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga berlakunya 10 perkara iaitu – keluar asap dari bumi, munculnya Dajal, keluar DAbbah (binatang yang melata), matahari terbit dari Barat, turunnya Nabi Isa AS, keluar Ya’juj dan Ma’juj, gerhana di Timur, gerhana di Barat, gerhana di Semenanjung Arab dan api yang menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul) ”.

Sesetengah ulama berpendapat lagi bahawa DAJAL berasal daripada kalangan manusia tetapi ia belum di lahirkan lagi sehinggalah akhir zaman. Pendapat lain pula mengatakan bahawa bapa DAJAL adalah manusia dan ibu DAJAL adalah jin.

DAJAL akan mengaku sebagai nabi dan menyebarkan hadis palsu selain mengaku diri sebagai Tuhan bagi memperdayakan manusia. Baginda bersabda ‘”tidak akan berlaku kiamat sehingga lahirnya 30 orang DAJAL yang pembohong, semuanya mendakwa dirinya rasul ALLAH. Mereka melimpahkan harta benda dan pada saat itu berlaku banyak fitnah (kerosakkan demi kerosakan) dan berlakunya banyak haraj. Haraj bermaksud pembunuhan demi pembunuhan

Umat akhir zaman memang mengetahui bahawa DAJAL itu sebenarnya pembohong besar, namun mereka tetap mendekatinya semata-mata untuk mendapatkan habuan rezeki berupa makanan, ternakan serta tanaman.

Sesiapa yang mengakui DAJAL sebagai Tuhan, maka mereka tertipu manakala orang yang teguh imannya akan berkata “ALLAH TUHANKU” dan mereka selamat daripada DAJAL.

Kemampuan DAJAL seperti diizinkan ALLAH SWT adalah :

1- Boleh menghidupkan orang yang sudah dibunuh

2- Memiliki kemewahan dunia

3- Memerintahkan hujan supaya turun dan bumi menumbuhkan tanaman

4- Memperlihatkan kepada pengikutnya kononnya keadaan syurga walhal gambaran itu adalah neraka dan sebaliknya

5- Menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak

Pihak yang menolak dakyahnya akan menerima musibah, negeri miskin yang dilawatinya akan menjadi kaya dan pada pemerintahannya, orang yang khianat diberi kepercayaan, manakala pihak yang jujur dan amanah akan dianggap pendusta.

Cirri cirri DAJAL pula adalah lelaki berambut kerinting, buta mata kanannya seumpama biji anggur yang menonjol, muncul pada suatu tempat antara Syam dan Iraq, melakukan kerosakan di tempat yang disinggahinya.

Ia tidak mampu untuk memasuki kota Makkah dan Madinah, antara kedua dua matanya tertulis perkataan ‘KAFIR’ yang boleh dipahami mereka yang boleh membaca atau buta huruf dan DAJAL tinggal di bumi selama 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun sebelum dibunuh oleh Nabi Isa as. Nabi Isa akan membunuh Dajal di pintu gerbang Kota Lud iaitu sebuah kota berhampiran Baitulmaqdis.

DAJAL juga berkemungkinan bukan berbentuk makhluk sebaliknya ia adalah ‘pemikiran’ atau ideology yang menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan dunia. DAJAL yang mendorong kebejatan akhlak dan kejahatan, menyesatkan masyarakat ke dalam keingkaran dan kederhakaan terhadap ALLAH dan menimbulkan kerosakan pada muka bumi dan umat manusia lain.

No comments:

Post a Comment