22 September 2011

PERINGATAN !!!!!

Harap Dibaca Ye !!!

by Mohd Azaharin Muda ,ahad 18/9/2011 jam 8.05pm.

peringatan ini khas buat semua ang tidak mahu diri anda dianiaya atau disakiti .haha .menakutkan tak ayat dy ?:P

sebenarnya agak menakutkan la ,kes ni serupa dengan kes Ms Canny Ong. kisah nya bermula bergini ,hahahaha ayat mintak kaki ni :D

ade sorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. setelah selesai mengisi minyak tu ,wanita itu pon bersiap sedia untuk meninggalkan stesen minyak .masa wanita ni baru je nak bergerak ,atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu bahawa sesuatu berlaku kepada kad yang digunakan wanita itu untuk mengisi minyak sedangkan wanita itu telah selesai pon mengisi minyak .

atendan tersebut telah meminta wanita itu untuk masuk kembali ke dalam kedai dan membayar dengan wan tunai tetapi wanita itu mengangkat tangan tanda enggan masuk ke dalam dan ingin meneruskan perjalanan.

atendan yang bertugas di situ tetap memanggil wanita itu dan akhirnya wanita itu pon masuklah kembali ke dalam kedai .dengan perasaan sedikit marah ,wanita itu nasuk dan mempertikaikan kad yang digunakan itu telah pon diluluskan tetapi kenapa perlu dia membayar lagi......

atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. atendan memberitahu wanita tersebut bahawa ketika wanita itu sedang mengisi minyak ,dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. dengan segera beliau telah menelefon pihak polis. wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan keretanya dengan tergesa gesa.

kes ini didapati berkaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .

salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan lahan masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. kemudian mereka akan potong kaki atau buku lali mangsa culikan mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai beraikan badan mereka.

kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. Sila sebarkan perkara ini kepada semua orang tak kecuali seorang lelaki yang sangat sayang akan perempuan .hehe .

kepada wanita ,anda haruslah berhati hati apabila hendak masuk ke dalam kereta pada waktu malam dan anda juga janganlah suka meletakkan kereta di tempat yang gelap hanya kerana ingin mendapatkan tempat parking yang percuma. Jika boleh, jangan anda suka memandu seorang diri pada waktu malam kerana ini adalah situasi sebenar iaitu PENCULIKAN dan PEMBUNUHAN .ini adalah sangat sangat menakutkan DAN jadikan ini sebagai amalan iaitu .

1- pastikan kereta sentiasa berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta hanya untuk seketika.

2- periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3- sentiasa peka terhadap tanda tanda pelik dari persekitaran dan individu lain di dalam persekitaran itu terutama pada wakrtu malam !

Sentiasa berhati hati ye semua .Jangan sampai kita jadi mangsa manusia yang kejam ini :))

take care all ^_^


selamat membaca .muahhh muahhh hahahaha .mintakkkkk ni :)


No comments:

Post a Comment